BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
ASSALAMULAIKUM
HELLO
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali
wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali
wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang
tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui
ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita
berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga?
Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan
darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya
melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan,
boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat.
Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung
jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin.
Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim
dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah
pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban
bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika
dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau
akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan
lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara
enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang
pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun
perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih
layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik
rahim.
0 Comments
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.