Pagi ini kita dikejutkan dengan kepergian Datuk Aziz Satar ke rahmatullah pagi tadi diserang penyakit jantung..

"Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an."
Sumber dari http://www.bharian.com.my/
5 Comments
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah 😢
ReplyDeletesalam..jemput join ga ni>>>
ReplyDeleteSuper Extravaganza Giveaway!
Hadiah:
Cash 150
2015 calendar with your picture& phrase
bookmark with your picture&phrase
Step-step penyertaan yang mudah & 51 orang pemenang dicari! :)
hi nice to read your blog..
ReplyDeletewww.mommyanneshop.com
Alfatihah...
ReplyDeleteBtw... jemput singgah..
http://ciklapunyabelog.blogspot.com
Al fatihah untuk arwah Datuk Aziz Satar
ReplyDeleteSinggah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
http://www.azhafizah.com/
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.