KENAPA JENAYAH PEDOFILIA SUKAR DILUPAKAN oleh Salmah Melor II

ARTICLE NI DITULIS SEPENUHNYA OLEH SALMAH MELOR II. BELIAU TELAH MEMBERI KEBENARAN PADA MIZZ UNTUK POSTKAN ARTICLE NI.. 

ARTICLE BETAJUK "KENAPA JENAYAH PEDOFILIA SUKAR DILUPAKAN"

Aku perlukan korang untuk share hal ini supaya orang tahu KENAPA JENAYAH PEDOFILIA SUKAR UNTUK DILUPAKAN. Orang perlu tahu impact pada mangsa juga ahli keluarga. Sampai sakarang, bapa Nurin Jazlin masih memperjuangan demi keadilan anaknya.

Jadi apa yang kau rasa mudah untuk jeanyah pedofilia ini untuk dilupakan 

Ya aku akan ulang tayang kes ini sampai bila-bila walaupun dah berlalu lebih 10 tahun. Jika aku ingat bermaksud kau semua pun perlu ingat apa impact kejadian ini pada mangsa. Dan korang perlu tahu, jenayah ini tak akan lupus bahkan semakin banyak. Even isu haruan makan anak tu pun, anak-anak menjadi mangsa adalah dibawah umur bahkan ada yang baru lahir!

Pedofilia juga tidak mengenal jantina. Anak kau perempuam atau lelaki , kalau dia boleh grooming, itulah peluang bagi kaum bangsat ini.

"Saya bimbang. Saya tidak membencinya kerana dia, saya membencinya atas perbuatannya." Syad Azmi mengulas tentang Nur Fitri.

Jadi tak salah kalau aku nak ingatkan perbuatan seorang pedofilia yang pernah tertangkap pada sekitar tahun 2015 barangkali.

Ada 30 ribu bahan lucah kanak-kanak disimpan oleh dirinya, kemudian diantara banyak-banyak bahan itu dilakukan oleh dirinya sendiri. 17 pertuduhan termasuk pertuduhan menghasilkan serta menyebarkan imej pornografi kanak-kanak.

Masih merasa ia ringan pada anda?  

Jika meminta peluang, silakan.
Jika meminta kepercayaan, barangkali tidak pernah ada.

Terpulang pada diri anda. Cuma jika anda melabel kami membuka aib siperlaku, anda salah. Kami ada pilihan untuk berada didalam keadaan berjaga-jaga.

Apa yang aku nak menekan disini bukan soal peluang yang diketengahkan, tetapi pada berapa manusia yang merasakan jenayah pedofilia ini sekarang entang untuk dipandang.

Pedofilia memang dilabalsebagai masalah mentel, tetapi ia juga termaktub didalam perbuatan jenayah 

Kalau kau rasa"alaa dia tengok-tengoj gambar ja pun, sekadar simpan" tapi kau kena ingat, Tsutomu Miyazaki pedofilia Japan tu pun belajar dari gambae juga. Tapi diakhiri membunuh & merogol 4 orang kanak-kanak. Bahkan dia merekod sendiri perbuatkan dirinya terhadap mangsa sebagai "trofi".

Hasil dari tengok-tengok & simpan gambar tu lahh..

Image may contain: 1 person, text

Ang May Hong
9 tahun

Tarikh kematian : 12April1987
Punca kematian : Penderaan seksual

Mayat Ang May Hong dijumpai berada dikawasan rumah terbiar yang selalu dijadikan "port" kaki dadah melepaskan nafsu gian mereka.

Sekujur mayat terlentang diatas lantai kotor didalam keadaan separuh bogel. Dapat dilihat pangkal kakinya mengalir darah yang masih hangat.

Benar,itulah mayat milik kanak-kanak berusia 9tahun!

Kemaluan mangsa dirodok menggunakan kayu menembusi usus sehingga ke organ jantungnya. Manakala lehernya kelihatan lebam berpunca dari dijerut menggunakan wayar.

Bedah siasat mendapati tidak cuma diseksa secara fizikal,Ang May Hong turut dirogol penjenayah. Badannya lebam-lebam dipukul oleh objek keras.

Mayatnya dijumpai 3 jam selepas didapati hilang ketika ke pasar. Bayangkan 2 jam sebelumnya apa yang telah dilakukan oleh si penjenayah sehingga sempat merodok kayu ke kemaluan mangsa?

Apa yang kita panggil untuk golongan seperti pembunuh Ang May Hong ini?

PEDOFILIA!

PEDOFILIA ini apa?

Merekalah segerombolan Psychiatric Disorder.

Image may contain: 1 person, text

Siti Syazwani Ahmad Dasuki
9 tahun

Tarikh kematian : 21 Disember 2004
Punca kematian : Penderaan seksual

Mayat Syazwani ditemui dengan kepalanya terbenam dalam parit sedalam 1.5 meter.

Terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di dahinya, dipercayai akibat hentakan.

Bajunya terselak bahagian,bawah berbogel & seluar dalamnya ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya yang sudah dihurung semut.

Forensik mengesahkan bahawa mangsa mati dicekik serta didapati tengkoraknya pecah akibat dipukul dengan objek keras.

Bahagian kepalanya mempunya banyak kesan pendarahan.

Badannya mempunyai kesan calar dipercayai mayat Syazwani kemungkinan telah diseret oleh sang pembunuh untuk dicampak kedalam parit tidak berair selepas merogol mangsa.

Syazwani,berumur 9 tahun ketika itu mahu keluar untuk ke kelas mengaji Al Quran. Namun siapa sangka akhir hayatnya diakhiri dengan penuh tragis.

Pembunuh Syazwani pula kemana?

Lelaki bernama Mohd. Bashrah Akbar ketika itu berusia 40an terlepas dari hukuman tali gantung. Kenapa?

Disahkan mempunyai masalah mental.

Nasib baik mental,so dia ditahan dirumah sakit jiwa. Cuba kalau dia ni mental & GENIUS,mesti pedophilia seorang ni dah diterima masuk ke Universiti kan? 

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Nurin Jazlin
8 tahun

Tarikh kehilangan : 20 Ogos 2007
Punca kematian : Penderaan seksual
Tarikh kematian : 6 sep 2007

Mayatnya dijumpai didalam sebuah bag berwarna coklat yang diletakkan dikawasan Jalan PJS1,Petaling Jaya Utama.

Apabila dibuka zip bag sukan tersebut,terpampang sekujur mayat kanak-kanak yang kelihatan sangat kurus. Mukanya cengkung,terdapat lebam-lebam di fizikalnya. Mayat itu dibawa oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan keputusan post mortem.

Mereka menjalani sesi mengecam DNA.

Adakah benar mayat itu milik Nurin Jazlin?

Sah! 99.99% DNA sepadan dengan kedua ibu bapa Nurin. Mayat yang berubah fizikal itu memang milik anak mereka. Namun dinafikan sebolehnya oleh sang bapa kerana melihat fizikal mayat yang teruk membuatkan dirinya tidak dapat menerima hakikat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

Ketika dijumpai,tubuhnya bogel,tidak ada sehelai benang pun. Kesan lebam penuh disekeliling badannya.

Tidak hanya didera melalui fizikal,dia juga didera secara seksual. Pihak berkuasa mendapati pembunuh telah memasukkan timun & terung kedalam kemaluan kanak-kanak ini.

Rektrumnya pecah diperlakukan pembunuh sehingga mangsa mendapat jangkitan kuman dimana ia menjadi antara faktor kematian Nurin. Bayangkan mangsa hilang dari bulan Ogos kemudian dibunuh 24jam sebelum mayatnya dijumpai.

Bayangkan apa yang terjadi kepada Nurin sepanjang tempoh kehilangannya???

Ini benar-benar mengundang amarah rakyat Malaysia ketika itu bahkan sehingga sekarang! Pelbagai cara pihak berkuasa lakukan bagi mencari perlaku,namun gagal.

Benar hal ini diperlakukan oleh individu yang mempunyai seks maniac!

Hal ini berlaku dimana?
DiMALAYSIA.

Apa kita panggil untuk golongan seperti pembunuh Nurin ini?

PEDOFILIA.

Image may contain: 3 people, text

Sekitar tahun 2000 sehingga 2007,berulang kali kejadian pembunuhan & rogol kanak2 berlaku. Antaranya adalah kes Nurliyana Shamimi Rosdi.

Nurliyana Shamimi Rosdi
2 tahun (ya tahun!)
6Nov2002

Mayatnya dijumpai ditebing Sungai Kedah yang jaraknya hanya 500meter dari rumah mangsa. Mayat NurLiyana berkeadaan bogel.

Tubuhnya mempunyai 40 kesan luka serta pendarahan otak akibat dipukul menggunakan objek keras.

Tak cuma itu kemaluan mangsa mempunyai kesan koyak akibat perlakuan penderaan seksual.

Pada tahun yang juga,NurShuhada Burak,6tahun dijumpai mayatnya berada didalam keadaan bogel,badannya lebam-lebam,dirogol & mayatnya dijumpai didalam tangki air kediaman tiga tingkat diSelayang.

Tahun 2004,di Kota Kinabali,seorang kanak2 berusia 10tahun,Hasirawati Saridi turut dibunuh serta dirogol.

Kemudian disusuli dengan mangsa bernama Suci Rahmadhani berusia 5 tahun serta seorang lagi mangsa berusia 6 tahun yang dirahsiakan identitinya.

Kedua mereka telah dicabul oleh orang yang sama yakni seorang lelaki yang terlepas dari buruan,ia digelar sebagai "Perogol bersiri kampung baru" atau "Abang kucing".

Modus operandi si Pedo ini mudah. Dia memancing kanak-kanak supaya membantunya mencari kucing dikatakan telah hilang,kemudian pemangsa bertindak menculik & membawa mangsa ketempat tersembunyi bagi melakukan kegiatan seksualnya.

Mangsa berumur 6 tahun mengalami trauma yang teruk selepas 6 jam dijumpai oleh pihak berkuasa.

YA TRAUMA YANG TERUK!

Itupun ada seorang pensyarah tu cakap pada pandangan mata dia seorang pedophile genius tu "takbuat salah pun" 🙈

Eh nak aku buka pula kes pedofilia di rumah kebajikan & tahfiz yang berada diMalaysia ni? Alaa ada haa tukang jaga tahfiz liwat 42 orang pelajar sendiri tu?

Ke nak aku borak pasal seorang bapa liwat anak bawah umur lebih 300 kali sampai terberak2 anak dia tu?

Ehh takpayahh laahhh,nanti orang cakap sebar aib pula.

Image may contain: 6 people, people smiling, text

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people, people sitting, living room and indoor

Image may contain: 1 person




0 Comments