DALAM BERBUAL ADA NASIHAT YANG DISAMPAIKAN

DALAM BERBUAL ADA NASIHAT YANG DISAMPAIKAN


Image may contain: 2 people, food

Pakcik datang bawa isteri pilih cincin.
Orang lelaki mungkin dah jadi tabiat agaknya.
Semua cantik kalau si isteri cuba!

Berkenan 1 bentuk ini terus bayar dan pakai.

Bila ambil gambar mereka baru saya perasan,
Aura kasih-sayang tu terserlah sungguh!
"Mak ayah siapa lah yang bertuah ni ya?"
Ujar saya dalam hati sambil tersenyum melihat mereka berlalu pergi.

Mungkin tuhan hantar mereka ini untuk jentik hati saya.
Dengan melihat dan berbual pendek sahaja,
Macam-macam nasihat yang saya perolehi.

Antaranya kena selalu bagi hadiah dekat isteri!

Kalau bini saya tu, beli makanan pun dia dah gembira sangat.
Jimat duit saya, sayang dia pun saya dapat!
Senang saja sebenarnya kalau difikir balik 🤔

"Kalau panas sangat nak marah orang,
Pergi jauh-jauh dulu bagi tenang hati sendiri."

Ada betulnya bila saya fikirkan balik.
Ya lah, bini saya ni kalau tengah marah tak boleh nak bawa bincang.
Lagi kita menjawab, lagi pelik soalan yang keluar.
Tak jawab langsung pun tak kena juga!
Usah di serang anak isteri, sendiri yang rugi.
Kan malam nanti tak boleh tidur sekali!

Jauh lagi perjalanan nak sampai umur pakcik.
Kalau boleh biar kekal sampai ke sana nanti.
Terima kasih kerana datang ke kedai kami.
Semoga pakcik sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa.

0 Comments