7.24.2017

HAI SEMUA LAMA TAK UPDATE KAN..

SORRY LA MIZZ SANGAT SIBUK KEBELAKANGAN NI JADI KURANG UPDATE..
OKAY APA YANG KORANG NAK TAHU SEPANJANG MIZZ TAK UPDATE???

MULA PUASA RAMADHAN HARI TU MIZZ SAKIT, MUNTAH DAN DEMAM SEMPAI KENA AMBIL CUTI MIZZ..

LEPAS TU MIZZ SIBUK DENGAN KERJA MIZZ SEBAB TU MIZZ TAK SEMPAT NAK UPDATE LANGSUNG 

LEPAS TU MIZZ INGAT NAK UPDATE.. TAK SEMPAT..

SEKARANG NI MIZZ PUN DAH TAK SIBUK MACAM 2 KE 3 BULAN LALU 

JADI MIZZ AKAN UPDATE SECARA HARIAN SEBAB MIZZ ADA BANYAK NAK UPDATE

ADA YANG TANYA KENAPA TAK UPDATE BLOG SO INI JAWAPAN KORANG LA 

SEBAB PERTAMA 

MIZZ SAKIT WAKTU PUASA HARI TU 

KEDUA 

MIZZ SIBUK DENGAN KERJA 

KETIGA 

MIZZ ADA SESUATU NAK KENA BUAT..

NAK UPDATE BLOG NI KENA ADA MOOD KAN JADI SEKARANG MIZZ DAH ADA MOOD NAK UPDATE 


SO MAAF LA KALAU TAK UPDATE KEBELAKANGAN INI..



MIZZ AKAN GABUNG SEKALI ENTRI RAYA PUASA DENGAN RAYA HAJI SEBAB ENTRI RAYA PUASA TAK BANYAK..

OKAY NANTIKANLAH 






Read More...

5.31.2017

PESAWAT MAS BERPATAH BALIK, ADA CUBAAN MASUK KOKPIT


PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang. Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia). Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/288447
Read More...

5.26.2017

RAMADHAN AL KAREEM

SELAMAT MANYAMBUT RAMADHAN AL KAREEM PADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA AMNYA DAN KHASNYA DI MALAYSIA 

Image result for ramadhan al kareem

SEMOGA KITA MENDAPAT RAMADHAN YANG SEMPURNA PADA TAHUN INI

MIZZ SELAKU AHLI KELUARGA MIZZ MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG PENUH MAKNA DAN PAHALA. SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM SERIBU MALAM IAITU LAILATUL QADR... AMIN.... INSHAALLAH..


Read More...

5.09.2017

AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI

AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI


Image result for ROGOL

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun, di kediaman mereka di Jalan Kunang-kunang, Taman Desa Permai, Kangkar Pulai, dekat sini. Lebih mengejutkan suspek baru dibebaskan dari penjara pada hujung tahun lalu selepas didapati bersalah mencabul anak perempuan sulungnya yang berusia 27 tahun. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi Khamis lalu, sebelum abang mangsa yang berusia 13 tahun membuat laporan polis pada jam 4.18 petang Ahad lalu. Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput ditahan di rumahnya, kira-kira setengah jam selepas anak lelakinya itu membuat laporan polis. "Siasatan awal polis mendapati mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama suspek, manakala ibu kandungnya tidak tinggal bersama sejak tahun lalu berikutan masalah keluarga. "Siasatan juga mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau kesalahan mencabul anak perempuan sulungnya dan dikenakan hukuman penjara empat bulan pada tahun lalu," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini. Noor Hashim berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, polis memburu tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tetak operator kilang berusia 27 tahun, dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat sini, Ahad lalu. Katanya, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang bekerja di Singapura cedera di muka dan kepala. "Hasil siasatan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah rumah di Kota Tinggi, kira-kira jam 4.08 pagi semalam dan kini sedang mengesan tiga lagi suspek," katanya. Noor Hashim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

SUMBER

www.bharian.com.my
Read More...